22 December, 2010

Petua : Jom kongsi bersama ...

salam satu malaysia ...!!!

lagi petua yang aku dapat dari google ... terima kasih encik google ... jasa anda akan sentiasa dikenang ...


Mengilat Barang Kemas ( Emas )
Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan dengan ubat gigi dan rendamkan barang kemas tersebut selama 1/2 jam. Lepas tu keluarkan barang kemas tersebut dan berus dengan berus gigi yang terpakai.Bilas dengan air bersih.Dan hasilnya seperti memiliki barang kemas yang baru.


Ubat Batuk dan Lelah
Ambil satu biji lada masak dan satu lada putik iaitu jenis lada yang masak merah dan putiknya putih, satu sudu minyak tanah, satu sudu minyak masak. Kedua biji lada tadi dihancurkan bersama-sama dengan minyak dan setelah hancur lumat,sila tapis dan dapatkan minyak yang bercampur dengan lada tadi.Sapukan pada tengkok dan dada,anda akan rasa selesa selepas 10 minit mencuba dan cuba sapu 2/3 kali sehari.


Ikan Gulai Lebih Lembut Dan Sedap
Jika anda ingin sedapkan lagi masakan anda utama nya yang menggunakan ikan campurkan sedikit halba kedalam masakan anda,Insyallah ikan itu akan lebih lembut dan sedap.


Menghilangkan Penyakit Kuning

Ramai ibu-ibu yang mengalami,semasa mengandung kurang minum air dan menyebabkan apabila bayi mereka lahir bayi mereka akan kena sakit kuning. Untuk menyembuhkannya beri bayi and minum air susu kambing,pasti penyakit kuningnya akan hilang.


Menyerikan Wajah
Ambil embun pagi dihujung rumput/daun (dikawasan yang tiada pencemaran) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering.Kemudian basuh muka anda.Amalkan selalu insyaallah.


Merawat Bisul
Ambil 2 biji bawang putih dan tampalkan keatas bisul tersebut.Biarkan lebih kurang 5 minit kemudian bersihkan. Ulang sehingga nanah bisul itu terkeluar insyaalah mujarab.

Buang Ketuat ( Butil )
Ambil sebiji buah betik muda.Hiris supaya getahnya keluar.Letakkan getah pada ketuat yang telah dikikis sedikit kulit luar yang keras.Biar beberapa jam sehingga getah kering.Kikis kulit ketuat yang telah diselaputi getah kering.Ulangi proses di atas sehingga kulit ketuat menjadi nipis.


Menghaluskan Rambut
Ambil beberapa helai daun rambutan dan ramas-ramaskan dalam sebaldi air,dan lendiran air rambutan bercampur air dalam baldi tadi boleh digunakan sebagai bilasan rambut dan hasilnya rambut anda kelihatan lembut dan terasa halus.


ok lah dulu ...

till then ...


see ya when i see ya ...!!!

0 kata apa?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me

0 people have left comments

Commentors on this Post-