Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

21 September, 2011

Mana mak..???

Assalamualaikum ...!!!!

just nak share citer sedeh yg buat aku nangis ... mama & abah, I love you (tetiba je) .. jom baca ... semoga sama2 kita menjadi anak yang berbakti pada kedua ibu bapa kita ... insyaallah ..

* * * * * * * * * *
Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

*****

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

* * * * * * * * * *


so mcm mana ..?? nangis ke ..??? aku memang nangis ... bukan takat nangis je sampai teresak2 ok ... dan aku x malu nak bgtau aku nangis lepas aku baca cerita ni ... dan2 tu tepon abah ... huhuhuhu ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

02 April, 2011

Apa Saja FBI ... terbaekkk ...

Assalamualaikum ...!!!

malam tadi kami satu rumah kecuali kakak aku tgk la satu program kat TV9 ... ala rancangan FBI tu ... apa kenama nye rancangan tu ... haaa APA SAJA FBI ... episod kali ni dia macam serius sikit ... ye la tetamu yang dijemput dan topik perbincangan pon xde la macam selalu kan ...


tetamu kali ni adelah Puan Hjh Norlina bte Hj Alawi, pengasas PERNIM (Pusat Perlindungan Persatuan Kebajikan Anak2 Pesakit HIV & Aids Nurul Iman) dan juga biduanita terkenal tanah air, Datuk Sharifah Aini mewakili sekolah tahfiz ... topik kali ini adalah utk bercerita dgn lebih lanjut lagi berkenaan dengan anak2 yang kurang bernasib baik ...


tetamu APA SAJA FBI
... gambar dari google ...


bila saja Puan Hjh Norlina bercerita, sedih dan sayu ja dengar ... arda dah mula lap pipi ... ye aku pon sama ... mmg sangat sayu bila dgr dia bercerita pasal anak2 yang dibawah jagaan nya ... kagum aku dengan insan yang bergelar Puan Hjh Norlina bte Hj Alawi ni ... moga segala amal yang dilakukan didunia ini akan mendapat ganjaran yg setimpal .. insyaallah ... amin ...

bila Mama Lina (kalau x salah itu panggilan utk Puan Hjh Norlina bte Hj Alawi) bercerita mengenai Uteh (al-fatihah, semoga ditempatkan dikalangan mereka yg beriman), mmg kami dah sebak sangat2 ... dia bercerita disaat terakhir uteh sebelum menghembuskan nafas yg terakhir ... sayu ... aku menangis ... insaf datang bila dihidangkan dengan cerita sebegini ... bah kan bukan aku seorang yg menangis, arda pon sama ... kalau kakak ada mesti dia lah pemenang utk acara menangis malam tadi ... heheheh ...

dan bila kak pah bercerita tentang halangan atau rintangan sepanjang melakukan keje amal ni, aku jadi marah dengan mereka yang suka menghukum orang lain ... kisah nya, kakpah nak menderma ke satu sekolah tahfiz (kalau x salah aku) tapi USTAZ di sekolah tu cakap x boleh terima sbb itu duit hasil nyanyian kakpah ... takut x berkat ... sape la kita ni nak menghukum seseorang tu ... dengan gelaran USTAZ yang dipegang, sepatutnya dia lebih arif mengenai hal ni ... sedih bila ada lagi manusia yang berfikiran sebegitu ...

ok balik pada rancangan Apa Saja FBI ni, selalu nya akan ada segmen kene kan orang ... tapi bersesuaian dengan topik dan tetamu malam itu, maka FBI dan krew produksi telah buat somethg yang memang membanggakan ... salute ... mereka telah menganjurkan satu aktiviti CUCI KERETA AMAL di TTDI ... alhamdulillah ... ramai artis yg turun padang bagi menjayakan keje amal ni ... harap2 di masa akan datang akan ada lagi program yg sebegini ...

kat sini aku nk kongsi sikit pasal tetamu dan juga pasal aktiviti FBI di TTDI ...

cerita KakPah tak serik buat keje amal --> baca kat sini ... credit to Berita Harian ..
cerita mengenai PERNIM & pengasas PERNIM --> baca di sini ...
cerita FBI dan keje amal cuci kereta --> baca sini ... credit to blog FBI(HotFM)


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

01 April, 2011

Aku kagum ....

Assalamualaikum ...!!!

aku rasa mesti dah ramai yg buat n3 pasal ni kan ... xpe aku x kisah ... benda yang baik dan elok, mesti la kita nk kongsi sama2 kan ... jom baca apa yg aku nak kongsikan ni ... btw, aku copy dari page wardina tapi mesti la dptkan permission dulu kan ...

by Wardina Safiyyah

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

semoga semua dapat menggunakan apa yang dikongsi ini utk mendidik anak2 kita sekalian ... semoga mereka (anak2) akan sentiasa bersih hati dan sentiasa mengabdikan diri pada Allah SWT... amin ...

ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

04 January, 2011

Sayangi lah diri kita ... ok ...

Assalamualaikum ...!!!

baru2 ni kita dikejutkan dengan pemergian pelakon yg tgh meningkat naik, Faizal Yusof ... ececece ayat bajet baca berita kan ... ye la citer bende yg serius ni ... korang kenal tak sape allahyarham ni ... dia yg belakon citer adamaya dgn tiramisu yg tgh tayang kat tv3 skang ni ... ha dia la ... muda lagi tapi kalau dah ajal kan, kita x boleh nak buat ape dah kan ... dan sebab kematian adelah serangan/sakit jantung ... itu yg aku baca kat dlm paper la ... al-fatihah ... semoga beliau ditempatkan dikalangan mereka yg beriman ...

so insaf sekejap bila baca berita tu ... dan aku pon menggoogle la nak cari info pasal serangan jantung ni ... dan ni yg aku jumpa ... simptom2 serangan jantung ... harap2 info ni berguna la kan ....

Diantara simptom2 serangan jantung adalah:

1. Cemas - Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian.

2. Sakit dada - Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.

3. Batuk atau bersin terus-menerus - Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.

4. Pening - Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja boleh menyebabkan sakit jantung.

5. Penat - Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.

6. Mual atau tiada nafsu makan - Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan jantung, seseorang merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.

7. Sakit di bahagian tubuh lain - Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh datang dan pergi.

8. Denyut jantung cepat atau tidak teratur - Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit jantung, ataupun aritmia.

9. Sukar bernafas - Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.

10. Berpeluh - Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal sedang duduk di kerusi.

11. Tubuh bengkak - Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki, bengkak.

12. Sangat lemah - Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di antara jarinya.

tu la dia apa yg aku nak kongsi kan bersama ... semoga kita akan sentiasa menjaga kesihatan diri dan juga pemakanan ... serangan jantung sekarang x mengenal usia ... jadi, berhati2 lah ... sayangi jantung anda, ok ... ye aku tau aku buat iklan x berbayar .. titik.


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...

22 December, 2010

Dari email : Bukan Muhrim tapiii ....

salam satu malaysia ...!!!

tengok yang ni plak ... renung2 kan .. dan selamat berfikir ...



ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!

21 December, 2010

Dari email : Baca kuat-kuat ... ahhahahah

salam satu malaysia ...!!!

hari ni ade lagi kartun yg memberi pengajaran ... heheheh ... smoga kita sama2 dapat pengajaran yek ...




ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!

Petua : Macam2 Ada

salam satu malaysia ...!!!

jom, kita tgk petua lagi ari ni ...

Kecutkan Jerawat!!
Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu..Insya -Allah, jerawat pada wajah anda akan mengecut dan tampak jelita !!

Melegakan Selsema Bayi dan Kanak2
Dapatkan ibu kunyit sebesar ibu jari, potong diatasnya, korek dengan paku yang sederhana besar dan sumbatkan sedikit kapur makan didalamnya, digaulkan, biar bercampur antara kunyit dan kapur tadi, dan bolehlah disapukan diatas hidung bayi, sebaiknya ketika bayi tidur .. lakukan selalu, insyaallah hidung bayi tidak akan tersumbat dan boleh tidur lena.

Kurangkan Kolestrol Dalam Darah
Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar-benar kosong, perah limau nipis/kesturi yang dicampur dengan sesudu madu, dan diminum dengan selawat 3 kali. Dengan mengamalkan setiap hari, kadar kolestrol dapat dikurangkan. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, jika diamalkan sambil mengurangkan makanan berminyak, pasti dapat mengatasinya.

Kempiskan Perut
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut ,amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Menghilangkan Jerawat
Ambil pucuk daun jambu batu kira-kira 4 atau 5 helai gosokkan pucuk jambu dengan sedikit garam pada tapak tangan.kemudian sapu pada muka yang berjerawat.Ulangi beberapa kali.

Pembersihan Dalaman Badan
Ambil beberapa biji limau nipis. Potong kemudian perah untuk diambil jusnya.Sediakan bekas menyimpan kiub ais, tapiskan jus limau tadi sebelum dimasukkan kedalam bekas kiub ais itu. Setelah selesai bekukan jus itu, amalkan dengan menyediakan segelas air suam yang dicampurkan seketul kiub ais jus tersebut setiap pagi sebelum sarapan.Untuk menguruskan badan,amalkan sebelum masuk tidur.


ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!

20 December, 2010

Dari email : Kekasih ... hahahaha

salam satu malaysia ...!!!

jom tgk kartun yg aku dapat ... ye dari forward email jugak ... walaupon ianya adalah kartun tapi sangat memberi erti dan pengajaran pada kita semua ...



ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!

Petua Orang Dulu² - Rambut

salam satu malaysia ...!!!

kali ni aku nak kongsikan petua yang aku dapat dari email ... thank you lagik skali to PakLong Wan sbb 4wardkan email petua ni ... jom kita tgk petua hari ini yang berkaitan dengan rambut :


Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Melebatkan rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh air yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

Mempercepatkan penumbuhan rambut
Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.

Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau. Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut. Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.


ok lah dulu ...

till then ...


see ya when i see ya ...!!!

15 December, 2010

Dari email : 10 TERLALU yang merbahaya ...

salam satu malaysia ...!!!

2-3 hari lepas aku dapat email dari paklong Wan ... ye paklong aku ni mmg rajin forwardkan email dari group yang dia join kat yahoo tu ... kebanyakkan email yg dia 4ward tu mmg yg berbentuk motivasi dan jugak tip2 utk menjalani kehidupan ni ... so aku dah decide nak post setiap email yg dia forward tu utk di kongsi sama2 ... kalau yang baik tu kita jadikan ikutan & teladan ...yang jahat itu jadikan sempadan ... erkk betul ke ayat aku tu ... jom la baca email yg aku dpt ni ....


10 TERLALU yang membahayakan..

Sikap 'terlalu' ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala 'terlalu' dalam diri kita.

10 'terlalu' yang membahayakan ini ialah:


1. Terlalu Manja

Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya.

Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang
terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.

2. Terlalu Tertutup

Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi.Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu Terbuka

Orang yang bersikap begini umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan.Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.

4. Terlalu Cerewet

Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan "Kerana aku sayang padamu".

5. Terlalu Sensitif

Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas. Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong

Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri. Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan memberontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.

7. Terlalu Memperlekeh


Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan. Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.

8. Terlalu Memiliki

Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu. Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.

9. Terlalu Menyanjung

Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu. Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.

10. Terlalu Menuntut

Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.


Akal senipis rambut kuatkan lah dengan ilmu,
hati serapuh kaca hiasilah ia dengan iman,
iman selembut sutera hiasilah dengan akhlak..


Oleh :nur iman http://wwwmymasjid. com.my/article/ show.asp? id=1803


ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!

10 December, 2010

mari belajar cuci cuci ...

salam satu malaysia ...!!!

nak cuci apa ni lin ..?? ha tajuk n3 ni pasal cuci2 ... aku saja nak buat n3 pasal ni ... dapat idea pon lepas tgk org yg cuci bangunan tu cuci tingkap kat level aku ni ... level 10 ... pastu teringat plak teater cuci2 the musical ... enjoy sangat aku tgk teater tu ... mmg kelakar la diorg semua terutama skali awie dan afdlin ...



bila kita fikir2kan balik ... keje cuci ni sebenarnya keje yg agak mencabar ... dari segi apa ekk ... ye la dari segi keselamatan la ... kalau dah ko kena cuci bangunan yg tinggi2 tu, mesti la agak merbahaya kan ... so ciri2 keselamatan tu mmg sangat penting ... diorg mesti la kena check selalu pada peralatan yg nak digunakan ... betol tak ... cuaca dan persekitaran jugak memainkan peranan jugak ... macam yg aku baca dlm paper pasal org yg cuci bangunan ni ... dia kata cuaca seperti angin kencang dan hujan lebat jugak merupakan cabaran yg terpaksa ditempuh ...

jom kita tgk apa peralatan yg perlu untuk org yg keje cuci ni ...



chest harness (tali dada keselamatan)


topi keselamatan



stopper knot (tali simpul sebagai penahan)





bosun chair



tali



bahan pencuci




gloves


wiper



kain bersih

berita dari Kosmo! ni la yg aku jadikan rujukan utk n3 aku ni ...


ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!

26 November, 2010

serius takuuuuuttttttttt ... ok x buat dah pasni ..

salam satu malaysia ...!!!

eh ape ko merepek kat ko nye tajuk n3 ni lin ... ha meh sini nak story mory ... pagi tadi aku dpat email ni .. bila dah baca jadi serem la pulak ... sbb serem ..?? dah aku selalu kot buat apa yg di tulis dlm artikel ni ... ok2 aku janji x akan buat lagi mcm tu ... ish ish ish ... berdiri tegak ok bulu roma aku ... jom jom baca artikel ni ... untuk renungan dan peringatan kita bersama ... aku dapat artikel ni pon melalui email dari kakak aku ... tq kakak ..

Mandi malam boleh mengakibatkan Lumpuh...!!!

UMAR membetulkan kedudukan bantal isterinya, Asnah di Bukit Lintang, Melaka semalam.

MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!

Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.

Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.

'Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan,' katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.

Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.

'Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.

'Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh,' kata pesara tentera itu.

Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.

'Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat,' katanya.


insyaallah lepas ni aku x nak mandi malam atau lewat malam .. smoga dengan kisah ni akan sama2 kita buat sbgai pengajaran ...

ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me