05 December, 2011

Novel: Akhirnya aku Kahwin!

Assalamualaikum ...!!!

selamat ptg ... wah selamat ptg bagai ... heheeheh ... cuba untuk ceriakan diri sendiri sebenarnya ... jom tgk review utk novel ni pulak ... tajuk dia dah macam kelakar je kan ... heheheheh ... bunyi mcm desperado pon ade jugak kan ... tapi bila baca mmg best la ... jom tgk sinopsis dia dulu ... layannn .....!!!!!

* * * * * * * * * * * * * *


Didi gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering diperma...inkan. Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?
* * * * * * * * * * * * * *

kalau korang yg dah penah baca pasal Didi ni mesti korang akan kagum dengan dia kan ... aku kagum dgn dia ... penulis cuba utk tonjolkan kelebihan Didi dengan sikap dia yg baik hati, periang dan yakin pada diri sendiri walau pon dia 'comel' macam aku (terasa nak muntah pon ada gak) ... parents dia pon mmg best ... mula2 baca aku, aku ingatkan sudahnya dia dengan orang tu ... tapi last2 dia dgn org lagi satu ... tapi ok la sbb dia pon happy ... walaupon dia 'comel' tapi dia selalu tunjukkan sikap dia yg perfect pada mata aku utk tutup kelemahan dia ... syafizi ..?? ok mulut macam longkang dia ni ... hahahaha ... mula2 aku mmg x suka ... suka abang dia je ... last2 ok suka la ... ok lah korang baca je la novel ni sendiri ye ... aku boleh jamin citer ni best ... thanks to HERNIA DIANA utk buku kedua dia yg aku baca ni ... berjaya buat aku gelak2 dgn buku ni ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!!

0 kata apa?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me

0 people have left comments

Commentors on this Post-