Showing posts with label areila sahimi. Show all posts
Showing posts with label areila sahimi. Show all posts

10 June, 2012

Koleksi bulan Jun buat aku senyum!

Assalamualaikum ...!!!

*senyum* ... ye aku tgh senyum ni ... rasa mcm sangat lama tak hapdet pasal koleksi novel kan ... padahal tiap2 bulan pon ada je aku up kan n3 kan ... huhuhuh ... mungkin sbb aku up masa awal bulan kot ... sbb tu la rasa mcm lama sangat kan ... ok mari kita berkenalan dengan koleksi Jun aku ni ...

ini la dia 3 novel untuk bulan ni ... jom berkenalan dengan setiap satu nya pulak ...


aku beli novel ni sbb tajuk tu ... hehehehe ... mcm lucu je kan tajuk dia ... tak baca lagi ... x sempat nak baca sbb nak baca yg bawah ni dulu ... heheheheh ..


ok yang ni mmg dah sangat sangat sangaaaaaattt la lama nya aku cari kat bookstore ... sold out ja memanjang ... maka aku ikhtiar cara lain ... heheheheh ... dah macam nak berubat bagai kan siap ikhtiar2 ni ... so aku beli online ja ... hari rabu order & bayar, selasa diorg pos, jumaat dah selamat sampai kat aku ... cepat kan ... dan dapat diskaun ... aku beli online dengan kaki novel ... novel atas ni pon aku beli sama dengan novel ni , secara online! ... lepas ni boleh beli online lagi ...


 
tgk tajuk novel tu ... korang ingat sapa ... ?? shakira ke cikgu airil yg hensem tu ... hhehehehhe ... aku x plan pon nak beli novel ni ... beli secara x sengaja ... jumaat 1hb jun aku kan balik kg dengan kakak sbb kazen aku kawen sabtu esoknya .... so masa balik tu singgah kat R&R Sg Buloh ... masa aku singgah nak beli air dengan makanan ringan buat bekal perjalanan ke kedah tu, aku terpandang rak buku ... aiikk kedai mcm ni pun ada jual novel ... dan2 tu jugak aku nampak novel ni ... dah tu ada satu je yg tinggal ... apa lagi cepat2 aku amik dan bawak ke kaunter ... hehehhe ...


dan mcm yg selalu aku buat la kan ... review! ... lepas dah baca aku akan review ke tiga2 novel ni ... so tggu la review dari aku nnt ye ... sekian! ..


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!!

02 May, 2012

Novel: Calon Jodoh Untuk Adik

Assalamualaikum ...!!!

jom kita tgk review aku utk novel yang satu ni .... dari koleksi April aku ni .... penulis dia aku suka ... jom baca sinopsis dulu ye sebelum kita ke reviewnya ... baca .. baca ..!!!!


* * * * * * * * * * * * * * *

'Mengangkat' Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Dia dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia!

Tanpa boleh berkata tidak, dia akur apabila itu adalah permintaan terakhir daripada Azmeer yang perlu dituruti. Menjadi abang kepada Arissa bukan lah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja 'tembakan peluru torpedo' yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee....Bersabar itu separuh daripada iman.

Sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah bila abang dah tak ada. Lupakan ajelah perkara yang dah lepas tu. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik. Percayalah hati.

Tetapi dia cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada kakak yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abang Ee berbaik-baik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee.

Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak 'madukan' mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!
* * * * * * * * * * * * * * *
hehehhh ... baca sinopsis pun aku dah senyum ... bila baca isi kandungan dia macam2 perasaan aku ada ... suka ... sedih ... marah ... geram ... menyampah dan macam2 lagi la ... semua cukup rencah la nak dipendekkan citer ... Arissa ni kira mcm tersepit la antara permintaan abang dan kakak tersayang ... masing2 nak pilihkan calon jodoh untuk Arissa ...

dan nak dijadikan cerita ni lebih menarik lagi, bila calon yg Azmeer (abang) nak kenalkan tu adelah lelaki yg paling dibenci oleh Kak Ina (kakak) ... Arissa termakan kata2 Kak Ina pasal Ee ni dan terus je kapel dgn Fariz ... ok ni aku dah start x suka dgn mamat sekor ni ... Fariz la ... x kan Ee kot ... Ee pon ada gak part aku bengang dengan dia ... tapi sekejap je la ...

sebak didada ni bila Azmeer meninggal *lap air mata* ... masa dia macam semacam tu *kena baca baru paham maksud aku ni* aku macam dah boleh agak mungkin dia akan mati! ... oh dan aku betul! ... sedey ok sbb Arissa ni mmg rapat dengan abang dia ni ... boleh kata kalau setiap kali dia frust or ada masalah apa2 dia akan bercerita dengan Azmeer ...

dan disebabkan wasiat yang ditinggalkan Azmeer pada Ee tu, maka diorg jadi rapat ... tapi Kak Ina mesti la x suka kan ... Fariz pulak jenis xde  perasaan .. dan masa diorg dah sangat rapat la tetiba muncul watak pembantu, Maisarah! ... dan dia adalah cinta si Ee ni ...

ok aku dah citer banyak dah ni kan ... cukup2 la tu ... kang ada penulis saman aku sbb aku citer banyak sangat kan ... ok kalau nak tau lebih lanjut, sila la beli novel ni k ... xde la mahal pon .. dalam RM 19 je .. murah kan ... ha beli la sendiri kan ... buat koleksi macam aku ni ... *senyum*



ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

10 March, 2012

Novel: Iman Suraya

Assalamualaikum ...!!!!

ok jom tgk review utk novel ke-3 pulak ... koleksi februari la ni ... nnt aku nak share koleksi terbaru ... hehehehe ... x menyempat kan dah ada koleksi baru kau ... ehheheheehhe ... baca sinopsis dulu ye ... sila sila ...


* * * * * * * * * * * * * * *

Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan. Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Suraya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.

Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya. Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Akur. Dia jatuh cinta untuk kali kedua.

Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya.

Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka....

* * * * * * * * * * * * * * *

haaa ... seperti sebelum2 ni, aku suka la dengan novel yg di tulis oleh areila sahimi ni ... best! ... dengan watak heroin yg lain sikit dari yg lain .... selalu kita baca heroin ni innocent habis kan ... ayu, lemah lembut bagai ... tapi Suraya sebaliknya ... dia suka ikut kepala dia aje ... aku nangis bila azim meninggal dan bila Suraya kena paksa kawin dengan lawyer perasan bagus tu ... ok aku mmg menyampah dengan Norman Hakim ... sikit2 dia nak ungkit amanat arwah azim ... meh sini aku kasi lempang aku ni kat NH tu ...

utk watak hero pulak, Iman Radhiff is just fine ... seorang playboy yg x berapa nak buaya sangat dah ... kecewa bila buah hati kawen dgn abang sendiri ... macam pelik kan tetiba org yg kau panggil sayang kena panggil kakak ... huhuhuh ... tapi bila jumpa dengan Suraya, dia dah suka ... hehehee ... malas la nak citer lebih2 ... kang korang x beli pulak novel ni ... sila beli utk tau dengan lebih lanjut lagi ... harga RM19.00 sahaja ..

pasni nak cari 2 x 5 pulak ... merata dah aku cari ... dah habis ke copy utk novel ni ... huhuhuhu

ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!!

12 December, 2011

Novel: Yes Boss!

Assalamualaikum ...!!!!

review ... review ... dan review lagi ... jom baca sinopsis yg aku amik dari cover belakang novel ... rajin tak ..??? hahaahaha .. dah tetiba pulak aku nak menaip sendiri kan ... selalu pemalas ... copy paste je dari google kan ... baca2 ...

* * * * * * * * * * * * * *
Aryana... dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yg menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi nasib dia yang mendapat bos seperti Ilham Irfan: selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah bos... kena turut. Setiap rentak bos... kena ikut. Semua kena yes, boss!
Dan dia pun sama sekali tak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.


Ilham... dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak itu sudah tahu apa yang patut dia buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah. Cakaplah apa sahaja, Aryana pasti akan mengatakan: "Yes, boss!"

Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! Masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!
* * * * * * * * * * * * * *

lagi satu karya Areila Sahimi ... aku dah mula suka dgn karya2 AS ni ... hmmm nak mula kat mana ehh ... aku suka la watak Aryana ni ... dan ada masa menyampah dengan Ilham ... amboi, mentang2 dia bos, suka suki je nak suruh Aryana buat benda yg x masuk job scope ... tapi Aryana ni pandai ... ikutkan je .. last2 Ilham pulak yg x boleh kalau PA@secretary dia xde ... suka2 ... eh apa kata korang beli dan baca ... recommended ok ... selamat membaca ye ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ..!!!!

10 December, 2011

Novel: Baju Pengantin Mak Andam

Assalamualaikum ...!!!!

jom review novel ni pulak ... mcm biasa la baca sinopsis yg aku google ni ... malas nak menaip dari belakang novel tu, maka copy paste sangat membantu ... hahahaha ... dasar pemalas ...

* * * * * * * * * * * ***

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?


Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?

* * * * * * * * * * * ***

ok ... untuk novel ni aku bagi 4.5 bintang ... aku suka jalan cerita novel ni ... memang x de la lain sangat dari citer yg lain2 tu ... tapi penulis pandai susun ayat ... heheheeh ... watak Aleeya aku suka ... Zain pon sama ... cuma rasa mcm nak tampar je si Zain ni ... selalu kan novel ke, drama ke filem ke, kalau ade scene/situasi nampak dari jauh mula la pikir yg bukan2 ... bawak2 la berbincang ... kalau aku jadi si Aleeya pon aku hangin dengan Zain bila dia ckp yg bukan ... si Azizul pon hampeh ... dah sah2 ada bini lagi nak kacau org lain ... padahl dia yg tinggalkan org tu ... sengal si Azizul ni ... aku suka friendship yg ada pada Aleeya & Zain sebelum masing2 suka sama suka tu ... sweet sangat ... walaupun cakap kau aku tapi masih boleh diterima ...

ok lah ... kang banyak aku merepek .. marah pulak org yg x beli lagi novel ni .. so sape yg x de lagi, sila la dapatkan kat kedai buku berhampiran (promo sikit) ... harga berpatutan ... thanks to penulis, Areila Sahimi ... sila tulis novel2 yg best2 lagi ye ... tggu aku review Yes Boss! lepas ni ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me