novel ni dah lama dah aku cari ... aku start baca novel ni online ... kat blog acik la kan ... kat mana lagi ... so lama la jugak mencari ... tanya kat kedai sana, kata SOLD OUT ... tanya kedai sini pon sama ... SOLD OUT jugak ... huhuhu ... maka aku beli masa PBAKL tu ari ... nampak yg ni dulu mmg aku sambar terus ... tapi tu la ... xde rezeki nak jmpa dgn acik kan ... xpe next time kot ...
ok x yah nak panjang2 lagi membebel, jom baca sinopsis dia dulu .... baca baca ..!!!!
* * * * * * * * * * * * * * *
Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang...Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menokhtahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan...cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
* * * * * * * * * * * * * * *
mcm yg aku bagitau tadi, aku beli kat PBAKL tu ari ... harga asal RM20, tapi dapat diskaun RM4, so aku bayar RM16 je la ... heheheheh ... senyum je la sepanjang jalan tu ... x sabar nak balik baca ...
aku mmg peminat karya2 Acik Lana ni ... siap ade link ke blog Acik aku letak kat blog aku nih ... novel ke-2 Acik yg aku baca lepas MJATS ... *senyum lagi bila teringat Luqman & Melina* ... ok utk novel ni, mcm biasa aku suka jalan cerita ... ada geram, marah, suka & sayang pada Mikail ... simpati sngat dengan nasib Mya ... sikap Mikail pada awal nya yg membuatkan rasa menyampah tu ... dan bila dia mula sayangkan Mya, terus romantika di amor ...
Adam dan Suzanne adelah perencah untuk menghidupkan lagi jalan cerita ni ... Datin Adiba pon sama jugak la ... Acik x de la nak bagi kita jadi stress sangat, kan Acik kan ... cuma cerita ni lain dari yg lain sbb selalu nya kita akan baca cerita kawin paksa ... bercinta dgn yg lain kawen nya dengan yg lain ... dan permulaan novel ni penuh dengan tanda tanya ... dan aku suka ...
so jangan lupa dapatkan Aku Bukan Mistress ni di kedai2 buku yg berhampiran dengan harga RM20 je ... x mahal kan ... thanks to Acik Lana untuk karya2 yg best ni ... teruskan berkarya ... dan rasa tak sabar nak tggu 2-3 cerita dibukukan ...
ok lah dulu ...
sampai jumpa lagi ...!!!!
0 kata apa?:
Post a Comment