05 December, 2011

Novel: Usai ... Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum ...!!!

ok ni novel yg seterusnya yg dah aku baca ... novel ni pon not bad jugak .. jom baca sinopsis dulu ...

* * * * * * * * * * * * * *


Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar Hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga. Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka. Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula. Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih.... Puteri :"Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..." Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..." Khalif; " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...." Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya
* * * * * * * * * * * * * *
ok macam yg aku state kt atas tadi, citer ni not bad tapi ade la jugak part yg aku skip bila aku rasa bosan (maaf ye ni apa yg aku rasa) ... apa yg aku rasa ...???

marah, geram, bengang dengan watak2 yg ada dalam novel ni terutamanya mak si hero ni ... oooiii asal ko nampak je puteri ko nak meroyan kan ... nak histeria bagai ... si Is ni pon sama ... nama je belajar tinggi2 tapi x guna otak bila nak pikir ... kalau dah x nak pada pompuan tu cakap dgn tegas, ni tak masih keliru ... last2 tinggalkan puteri macam tu je ... pastu nak cemburu bila khalif dgn puteri ... rasa nak lempang2 si Is ni ... sedih pon ada bila puteri x habis kena amukan mak Is yg bongok tu ...

ha kau ... itu yg aku rasa bila baca novel ni ... heheheheh ... tahniah la pada penulis, UMIE NADZIMAH sbb berjaya buat aku baca sampai habis ... heheheheh


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!!

0 kata apa?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me

0 people have left comments

Commentors on this Post-