review ... review ... dan review lagi ... jom baca sinopsis yg aku amik dari cover belakang novel ... rajin tak ..??? hahaahaha .. dah tetiba pulak aku nak menaip sendiri kan ... selalu pemalas ... copy paste je dari google kan ... baca2 ...
* * * * * * * * * * * * * *
Aryana... dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yg menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi nasib dia yang mendapat bos seperti Ilham Irfan: selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah bos... kena turut. Setiap rentak bos... kena ikut. Semua kena yes, boss!
Dan dia pun sama sekali tak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.
Ilham... dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak itu sudah tahu apa yang patut dia buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah. Cakaplah apa sahaja, Aryana pasti akan mengatakan: "Yes, boss!"
Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! Masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!
* * * * * * * * * * * * * *
lagi satu karya Areila Sahimi ... aku dah mula suka dgn karya2 AS ni ... hmmm nak mula kat mana ehh ... aku suka la watak Aryana ni ... dan ada masa menyampah dengan Ilham ... amboi, mentang2 dia bos, suka suki je nak suruh Aryana buat benda yg x masuk job scope ... tapi Aryana ni pandai ... ikutkan je .. last2 Ilham pulak yg x boleh kalau PA@secretary dia xde ... suka2 ... eh apa kata korang beli dan baca ... recommended ok ... selamat membaca ye ...
ok lah dulu ...
sampai jumpa lagi ..!!!!
0 kata apa?:
Post a Comment