Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

22 December, 2010

Petua : Jom kongsi bersama ...

salam satu malaysia ...!!!

lagi petua yang aku dapat dari google ... terima kasih encik google ... jasa anda akan sentiasa dikenang ...


Mengilat Barang Kemas ( Emas )
Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan dengan ubat gigi dan rendamkan barang kemas tersebut selama 1/2 jam. Lepas tu keluarkan barang kemas tersebut dan berus dengan berus gigi yang terpakai.Bilas dengan air bersih.Dan hasilnya seperti memiliki barang kemas yang baru.


Ubat Batuk dan Lelah
Ambil satu biji lada masak dan satu lada putik iaitu jenis lada yang masak merah dan putiknya putih, satu sudu minyak tanah, satu sudu minyak masak. Kedua biji lada tadi dihancurkan bersama-sama dengan minyak dan setelah hancur lumat,sila tapis dan dapatkan minyak yang bercampur dengan lada tadi.Sapukan pada tengkok dan dada,anda akan rasa selesa selepas 10 minit mencuba dan cuba sapu 2/3 kali sehari.


Ikan Gulai Lebih Lembut Dan Sedap
Jika anda ingin sedapkan lagi masakan anda utama nya yang menggunakan ikan campurkan sedikit halba kedalam masakan anda,Insyallah ikan itu akan lebih lembut dan sedap.


Menghilangkan Penyakit Kuning

Ramai ibu-ibu yang mengalami,semasa mengandung kurang minum air dan menyebabkan apabila bayi mereka lahir bayi mereka akan kena sakit kuning. Untuk menyembuhkannya beri bayi and minum air susu kambing,pasti penyakit kuningnya akan hilang.


Menyerikan Wajah
Ambil embun pagi dihujung rumput/daun (dikawasan yang tiada pencemaran) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering.Kemudian basuh muka anda.Amalkan selalu insyaallah.


Merawat Bisul
Ambil 2 biji bawang putih dan tampalkan keatas bisul tersebut.Biarkan lebih kurang 5 minit kemudian bersihkan. Ulang sehingga nanah bisul itu terkeluar insyaalah mujarab.

Buang Ketuat ( Butil )
Ambil sebiji buah betik muda.Hiris supaya getahnya keluar.Letakkan getah pada ketuat yang telah dikikis sedikit kulit luar yang keras.Biar beberapa jam sehingga getah kering.Kikis kulit ketuat yang telah diselaputi getah kering.Ulangi proses di atas sehingga kulit ketuat menjadi nipis.


Menghaluskan Rambut
Ambil beberapa helai daun rambutan dan ramas-ramaskan dalam sebaldi air,dan lendiran air rambutan bercampur air dalam baldi tadi boleh digunakan sebagai bilasan rambut dan hasilnya rambut anda kelihatan lembut dan terasa halus.


ok lah dulu ...

till then ...


see ya when i see ya ...!!!

21 December, 2010

Petua : Macam2 Ada

salam satu malaysia ...!!!

jom, kita tgk petua lagi ari ni ...

Kecutkan Jerawat!!
Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu..Insya -Allah, jerawat pada wajah anda akan mengecut dan tampak jelita !!

Melegakan Selsema Bayi dan Kanak2
Dapatkan ibu kunyit sebesar ibu jari, potong diatasnya, korek dengan paku yang sederhana besar dan sumbatkan sedikit kapur makan didalamnya, digaulkan, biar bercampur antara kunyit dan kapur tadi, dan bolehlah disapukan diatas hidung bayi, sebaiknya ketika bayi tidur .. lakukan selalu, insyaallah hidung bayi tidak akan tersumbat dan boleh tidur lena.

Kurangkan Kolestrol Dalam Darah
Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar-benar kosong, perah limau nipis/kesturi yang dicampur dengan sesudu madu, dan diminum dengan selawat 3 kali. Dengan mengamalkan setiap hari, kadar kolestrol dapat dikurangkan. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, jika diamalkan sambil mengurangkan makanan berminyak, pasti dapat mengatasinya.

Kempiskan Perut
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut ,amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Menghilangkan Jerawat
Ambil pucuk daun jambu batu kira-kira 4 atau 5 helai gosokkan pucuk jambu dengan sedikit garam pada tapak tangan.kemudian sapu pada muka yang berjerawat.Ulangi beberapa kali.

Pembersihan Dalaman Badan
Ambil beberapa biji limau nipis. Potong kemudian perah untuk diambil jusnya.Sediakan bekas menyimpan kiub ais, tapiskan jus limau tadi sebelum dimasukkan kedalam bekas kiub ais itu. Setelah selesai bekukan jus itu, amalkan dengan menyediakan segelas air suam yang dicampurkan seketul kiub ais jus tersebut setiap pagi sebelum sarapan.Untuk menguruskan badan,amalkan sebelum masuk tidur.


ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!

20 December, 2010

Petua Orang Dulu² - Rambut

salam satu malaysia ...!!!

kali ni aku nak kongsikan petua yang aku dapat dari email ... thank you lagik skali to PakLong Wan sbb 4wardkan email petua ni ... jom kita tgk petua hari ini yang berkaitan dengan rambut :


Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Melebatkan rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh air yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

Mempercepatkan penumbuhan rambut
Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.

Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau. Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut. Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.


ok lah dulu ...

till then ...


see ya when i see ya ...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me