30 April, 2012

Novel: Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Assalamualaikum ...!!!

novel ni buat aku senyum ... sebelum aku ulas lebih lanjut lagi, jom layan kan dulu sinopsis novel ni ... waduh waduh ... layaaannnn ....
* * * * * * * * * * * * * * *

Di saat itu...

Luqman : "Tolong sikit eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dengan awak. Perempuan macam ni nak buat bini? Memang tak la...."

Medina : Sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku? Takde cermin kat rumah? Pergi balik cermin muka kau sikit!"

Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh dengan tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yang bisa membuka jalan ke pintu syurga?

Di saat ini...

Luqman : "Kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."

Melina : "Mel tak boleh fikir apa bila tak nampak abang depan mata."

* * * * * * * * * * * * * * *

aku masih senyum lagi ... hehehehh bukan apa ... Acik Lana ni suka la membuai perasaan aku ni ... hehehhe ... betul kalau x caya korang cari la novel2 dia ... x pon baca la online ... banyak citer2 yg best2 ... ok jom aku nak ulas sikit pasal MJATS ni ....

mulanya bila aku baca sinopsis tu aku dok bayangkan 7 hari mencintaimu ... wah wah ... dah la tahap ketebalan dia lebih kurang sama kan .. tapi bila baca je, ok masing2 ada kelebihan masing2 ... watak Melina yg pada mulanya sangat benci kan Luqman ... dan kerana sikap Luqman yg romantik tahap dewa *akuygcakap* tu membuatkan dia mula sayangkan Luqman ... pergghhh mmg romantik sangat2 kot si Luqman ... angau aku sekejap *oklempanglaakuredhoje* ... hahahahh ...

aku suka dengan watak Luqman yg x mudah pecaya kan org lain ... sape lagi kalau bukan musuh si Melina , Zieta tuu .. dan aku x suka Sarah! ... sumpah aku x suka walaupun dia xde la buat salah ke apa kan ... cuma aku x suka dia sbb dia suka nak dekat2 dengan Luqman ... ok Acik dah buat aku benci Sarah ... heheheh ... lagi ape lagi nak komen ... dah la kot kan ...

so utk yg xde lagi novel ni, sila la beli dan baca sendiri ... sure korang pon setuju dengan aku ... *masihsenyum* ... hahahahahaha ... harga dia biasa la kalau dah tebal macam ni kan mesti la lebih pada tiga puluh hengget ... tapi berbaloi la dengan harga RM34 ni ... tak pon kalau nak murah lagi skang ni kan ada Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC tu .. pi la terjah ok ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!!

0 kata apa?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me

0 people have left comments

Commentors on this Post-