ok jom tgk review utk novel ke-3 pulak ... koleksi februari la ni ... nnt aku nak share koleksi terbaru ... hehehehe ... x menyempat kan dah ada koleksi baru kau ... ehheheheehhe ... baca sinopsis dulu ye ... sila sila ...
* * * * * * * * * * * * * * *
Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan. Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Suraya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.
Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya. Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Akur. Dia jatuh cinta untuk kali kedua.
Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya.
Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka....
* * * * * * * * * * * * * * *
haaa ... seperti sebelum2 ni, aku suka la dengan novel yg di tulis oleh areila sahimi ni ... best! ... dengan watak heroin yg lain sikit dari yg lain .... selalu kita baca heroin ni innocent habis kan ... ayu, lemah lembut bagai ... tapi Suraya sebaliknya ... dia suka ikut kepala dia aje ... aku nangis bila azim meninggal dan bila Suraya kena paksa kawin dengan lawyer perasan bagus tu ... ok aku mmg menyampah dengan Norman Hakim ... sikit2 dia nak ungkit amanat arwah azim ... meh sini aku kasi lempang aku ni kat NH tu ...
utk watak hero pulak, Iman Radhiff is just fine ... seorang playboy yg x berapa nak buaya sangat dah ... kecewa bila buah hati kawen dgn abang sendiri ... macam pelik kan tetiba org yg kau panggil sayang kena panggil kakak ... huhuhuh ... tapi bila jumpa dengan Suraya, dia dah suka ... hehehee ... malas la nak citer lebih2 ... kang korang x beli pulak novel ni ... sila beli utk tau dengan lebih lanjut lagi ... harga RM19.00 sahaja ..
pasni nak cari 2 x 5 pulak ... merata dah aku cari ... dah habis ke copy utk novel ni ... huhuhuhu
ok lah dulu ...
sampai jumpa lagi ...!!!!
0 kata apa?:
Post a Comment