Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

30 April, 2012

Char kuewtiew yg maveles!...

Assalamualaikum ...!!!

alhamdulilllahh ... dapat jugak aku makan makanan yang sedap ni ... dan xde nak jumpa kat kl yg mcm ni setakat ni ... cari kat pendang jugak la ... terbaik la pak hashim ni ... walaupun bukan dia yg masak , tapi rasanya sama macam yg pak hashim masak ... jom jap lagi aku nak jeleskan korang dengan gambar makanan sedap ni ...

aku awal2 dah cakap dgn abah nak ke gerai ni ... abah senyum ja ... mula2 ingat x jadi sbb ada org pulak yg bertandang nak jumpa dgn abah ... kalah PM pak halim ni ... last2 dalam pukul 10.15 mlm abah panggil ajak pegi ... aku dah siap terlena dlm bilik dok tunggu nak ke pendang ni la ... kami pegi bertiga je ... aku, abah & along *anak kak ina sebelah umah merangkap cucu angkat abah!* ...

ni la dia gerai maveles itu ....  x clear sangat.?? jom tgk dekat sikit .


 nampak tak anak-anak ..?? heheheh ... pak hashim tuuuu ...


 makanan paling maveles pada malam kejadian ... *terliur plak tgk nih*


jemput la tgk ye ... lenkali aku nak serang sini lagi ... tggu aku balik lagi ..!!!


senyum je aku lepas dapat makan tu ... mmg superb la ... korang x terliur ke tgk gambar tu ... hahahhahah *tanduk sudah tumbuh* ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ....!!!!

21 September, 2011

Mana mak..???

Assalamualaikum ...!!!!

just nak share citer sedeh yg buat aku nangis ... mama & abah, I love you (tetiba je) .. jom baca ... semoga sama2 kita menjadi anak yang berbakti pada kedua ibu bapa kita ... insyaallah ..

* * * * * * * * * *
Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

*****

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

* * * * * * * * * *


so mcm mana ..?? nangis ke ..??? aku memang nangis ... bukan takat nangis je sampai teresak2 ok ... dan aku x malu nak bgtau aku nangis lepas aku baca cerita ni ... dan2 tu tepon abah ... huhuhuhu ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

30 June, 2011

sayang banyak2 ...

Assalamualaikum ...!!!

senyum je aku ari ni ... motif aku senyum pagi2 ..?? heheh xde la sebab ape sangat pon ... cuma ari ni hari jadi abah ...yang ke - 62 ... so x nak merepek panjang2 ... aku nak tuju lagu ... eh tuju lagu pulak ... aku nak buat ucapan selamat la, macam biasa la kan ...

Kehadapan Abah,
Encik Abdul Halim Bin Osman,


Selamat menyambut Ulang tahun kelahiran yg ke - 62...

Semoga Abah sentiasa diberikan kesihatan yang baik...

Semoga Abah sentiasa dimurahkan rezeki...

Semoga Abah gembira selalu...


I LOVE YOU, ABAH ...!!!

ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

23 June, 2011

The Love of My Life ..

Assalamualaikum ...!!!

tetiba rasa rindu .. rindu serindu rindu nya ..

Sayang semua nya ....
ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

20 June, 2011

Jalan2 Kuala Lumpur ...

Assalamualaikum ...!!!

jom kita tgk gambar sepanjang kami ke midvalley masa abah, mama dgn yg lain2 singgah ke KL dari melaka awal bulan ari tu ... banyak gambar amik masa gi makan kat Pizza ... heheheh ... layan la ekkk ....

mama & anak2 dara beliau ...

wan dan cucu kesayangan ...

bajet comey la tu ...

dengan hero malaya ....

eh eh ... tambah lagi sorang anak dara mama .. heheheh ..

anak ibu ....

mama ...

lapar ye abe long ...

comot la budak ni ...

asyik nak berkepit dgn wan ja ..

abe long & paksu ...

ni lagi satu ... x habis2 dgn wan ..

mek kelate ni ... hanis ...

mana makanan ni ... lapaq laa wan ...

budak kecik ni mencelah je ...

achik & abe long ...

paksu & budak busuk ...

budak comot & ibu ...

paksu & achik ...

the pirates ... comey kot pirate2 ni ... heheheheh ...

depa lagi ...

peace ibu ...

ololololo comey aiihhh ..

main time ...

dapat jgk kat aku ... kata aiman dlm hati ...

ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!!

19 June, 2011

Saaaaayaaannnggg Abah ...!!!!!

Assalamualaikum ...!!!

this n3 is dedicated to my Abah ... cewahhh speakang london kau ....

Abah, terima kasih untuk segala-galanya ...
terima kasih untuk kasih sayang yang abah hulurkan ...
terima kasih untuk setiap sokongan & semangat yang abah taburkan ...
terima kasih untuk setiap keringat untuk membesarkan anak2 abah semua ...
terima kasih untuk kenangan dan pengalaman tentang kehidupan ...
terima kasih untuk segalanya ...

sila abaikan budak kecik itu ... fokus pada abah saja ye ... heheheh


Sayang abah ...
EN ABDUL HALIM B OSMAN . . . . ! ! ! !


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

17 June, 2011

KL - KDH - KL - MLK - KL

Assalamualaikum ...!!!

pelik tak tgk tajuk n3 aku tu ..??? hehehhe xde ape pon yg pelik ... ni aku nak citer apa yg terjadi ...
awal bulan ari tu lepas je habis OGA aku balik kampung ... gerak dari KL pukul 3.40 pagi dengan kakak & adik aku ... aku x drive langsung masa balik sbb kaki sakit sangat berdiri 3 hari berturut2 masa OGA (alasan)... so kakak aku memang lah sangat baik hati drive dari KL ke Kedah ... sampai kat rumah maklang aku dlm pukul 9 pagi ... balik kali ni kitorang x balik rumah kat Sg Tiang pon sbb x sempat ... so berkampung je kat rumah kenduri ni ...

majlis macam biasa la ... kalau dah nama pon kenduri kan mesti la ramai sedara mara yg datang kan ... dan soalan cepumas pon akan ditanya la pada yg masih x kawen ni ... aku senang je, org tanya bila lagi aku ckp la "bln 12, insyaallah" sambil tersenyum ... heheheh ...

ok dah2 la tu citer pasal bila nak kawen bagai ... dah tu petang nya dalam pukul 6 lebih kurang kami satu family dengan abah, mama & adik beradik aku (kecuali abg sefamily & adik lelaki aku, Dee) ke rumah pak ndak pulak ... kat Guaq Chempedak ... ye kami akan gerak ke selatan pulak utk majlis bertunang kazen aku, Fitri ... lagi sorang dah nak berteman ... tahniah lah ...

masa gerak dari rumah pakndak tu aku yg drive sbb nk suruh kakak aku drive kete kakak sulong aku, kak ina ... so abah naik dengan aku la ... dari kedah tu kami singgah kat sg perak utk makan & isi minyak ... boleh tahan jugak la ramai nye org kt R&R tu ... so perjalanan diteruskan sampai la kat hentian Behrang (kalau x salah aku) ... sebelum sampai Behrang tu aku dah ngantuk ... bawak kete pon x berapa nak betul ... seb baik abah tdo kat sebelah ... kalau tdak mesti dia suh benti ... heheheh ...

dah sampai Behrang, abah tukar dengan kakak aku sbb kami x boleh nak terus ke Melaka ... sebabnya esok (ahad) nak kena hantar cik adik sorang tu ke hostel ... so lepas hantar dia baru gerak ke Melaka ... so abah terus ke hentian nilai sbb pakndak aku tggu kat sana ...

kami balik ke Pantai Dalam ... aku angkut skali adik aku, Hanis ke Pantai Dalam ... sampai kat Pantai Dalam lebih kurang pukul 1 pagi ... dah sampai keletihan segala maka tdo la aku dan yg lain2 ...

esoknya bangun dah lewat ... hahahaha ... memang x dengar langsung bunyik alarm ... hohoho ... tgk hp mak aiii abah dah kol aku 3-4 miskol ... huhuhuh ... check hp kakak & adik2 aku plak ... sama je ada miskol dari abah ... dah siap2 semua gerak ke MMU dulu nak hantar cik ayu ni ... sampai kat Cyber dah dekat pukul 11 am ... bila masuk je kawasan asrama tu, mak aii panjang nye beratur nak amik kunci ... last2 kitorang gerak ke Melaka dengan dia dan barang2 dia skali ...

kali ni aku jugak yg drive ... memang sukarela ... excited sbb nak ke Melaka, tmpt aku belajar dulu ... padahal tempat yg aku nak pegi ni jauh kot dari Ayer Keroh ... heheheh ... dah sampai ke tempat yg dipetuakan oleh abah, kazen aku datang amik kitorang ... dia bawak kitorang ke rumah bakal tunang dia sbb semua dah menunggu di sana ... akhirnya sampai jugak kami ... hehehehh ...

ok dah setel semua majlis bertunang, maka gerak la kami ke tempat abah mama semua stay malam tadi ... kat pangkalan balak ... best sebab tepi pantai ... tak best sbb jalan sempit and dah petang .... dah lepas semua dah kemas2 maka gerak la kami dari melaka tu ... abah satu kete follow aku ke KL ... pakndak dgn yg lain terus balik ke kedah ...

malam tu kitorang bermalam kat rumah makngah piza (adik mama) kat subang suria ... sampai lambat jugak la sbb sesak kat hiway seremban tu ... lepas hantar je mama abah semua kt rumah makngah, kami (aku, kakak & ayu) gerak balik pantai dlm sbb nk amik baju (ke melaka sehelai sepinggang) ... lepas dah setel kat Pantai Dalam baru gerak ke Subang semula ... malam tu semua tdo kat sana ... esok nye aku dgn kakak cuti ... pagi2 aku kena gi hantar cik adik ni masuk ostel lak ...

dah la dulu ... rasanya dah panjang lebar dah aku merepek kat sini ... n3 pasni aku letak gambar lak k ... n3 ni mmg xde gambar la ...

ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

15 June, 2011

Kangen ehh .. (selingan)

Assalamualaikum ...!!!!

adoihhh selingan sat na ... tetiba teringat sangat kat pak halim dengan kak shitoh ... huhuhuh rindu ... rindu serindu rindu nya (pandai2 la korang nak nyanyi macam mana) ... pastu dengan pantas aku tukar wallpaper si samsung ni dari gambar mix yg random ke gambar di bawah ... ohhh sejuk mata bila dapat menatap gambar ini ... **sekeh kepala 13781 kali lepas baca ayat aku tuh ...** ...



ok n3 akhir OGA akan disambung lepas ni ... tata ..

07 February, 2011

bila abah kata ok ...

Assalamualaikum ... !!!!!

susah ok nk suh abah tgk kamera kalau nk amik gambar .. tapi sekali dia nak ... ha ini la hasilnya ... i like ....

ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

08 December, 2010

abah dan kerjaya beliau ...

salam satu malaysia ...!!!

sebelum ni kan aku penah citer pasal abah yg garang dan tegas kan .... n3 tu kat cni ... kali ni aku nak citer pasal kerja yang abah penah buat sepanjang hidup dia ... dari sumber2 yang boleh dipercayai ... sapa lagi kalau bukan mama aku ... ni la antara kerja yg abah penah buat :

1. pesawah - masa muda2 dulu abah selalu tolong wan man @ ayah abah la kan bersawah ...

2. askar - abah penah join askar dulu ... mama bgtau yg abah penah mengajar budak2 dia (askar jgk la) bawak kete ... kalau pegi test kete 9 dari 10 atauu pon semua mesti lulus sbb abah sangat tegas ... dia sediakan besi kecik yg sangat nipis tapi kalau kena pukul sangat la sakit bisa tersebut ... hahahahah ... salah sikit mmg kena ... bukan nak mendera tapi nk mengajar ... dan alhamdulillah dia berjaya la dengan bdk2 dia tu ...

3. jual buah di pasar malam - abah pon penah jugak buat keje ni ... menjual buah2an di pasar2 malam ... dengan sape aku x ingat tapi ade talian persaudaraan jugak la kata mama ...

4. pemandu teksi - ya abah adelah pemandu teksi satu masa dulu ... PM4662 kot kalau x salah aku la no plat teksi dlu ...

5. jual ikan kat pasar - kerjaya ini pon abah penah buat ... dan aku jugak penah berkecimpung dalam kerja ini jugak ... begitu juga la dengan ayoyo ... dan aku x malu kalau org tanya ayah keje ape ... aku dengan bangga akan cakap jual ikan kat pasar ... dan dari pengalaman ni jgk aku lebih mengenali ikan2 yg ada di pasar ... heheheheh

6. lembu - dan yg paling akhir ataupon sekarang la kan .. abah ada la bela 3-4 ekor lembu ... pastu dia jugak akan beli lembu dengan org lain dan akan sembelih lembu tersebut utk dijual di pekan rabu sungai tiang ... ya tuan2 dan puan2 sungai tiang pon ada pekan rabu yg mana akan berlangsung pada hari rabu sahaja ... maka molekk benarlah nama pekan rabu tu diberi kan ... di samping daging, abah jugak ada buat keje sampingan seperti mengangkut khemah dan peralatan utk kenduri ... angkut baja taik ayam ( kalau ada pesanan dari penduduk kg ) dan jugak mengambil dan menghantar lembu ... boleh dikatakan serba guna jugak la lori abah yg satu tu ... ya ya abah ada lori utk dia bergerak ...

tu je la citer pasal abah dan kerjaya beliau ... hehehehe ... ade lagi ke keje yg abah buat ni ... hmmm kalau ade akan aku hapdet lagi kat n3 ni jgk ...


ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!

03 December, 2010

kami anak-anak abah ...

salam satu malaysia ...!!!

wah wah wah ... tadi kan aku buat n3 pasal abah kesayangan , Encik Abdul Halim bin Osman kan ... tgh dok lepak2 tgk berita aku dapat msg dari adik aku ... cenggini la lebeh kurang bunyik msg tu "kak, ayu pinjam entry ...hehehe..." ... erkkk pinjam n3 ..?? konfius aku ... pastu berbalas la msg lagi sbb nak tau apa yg pinjam entry ni ...

aku : n3 mana ..??
ayoyo : tengok en3 ayu dlu, then u will know..

then aku dengan pantasnya masuk la belog si ayoyo ni ... wah wah wah ... tgk tajuk pon dah tau .... dia pon buat n3 pasal abah jugak ... mula2 dia buat n3 tajuk ni : abah saya jugak... pastu bila aku masuk blogger nak make up blog ... tgk dekat dashboard ada plak n3 baru tapi masih pasal abah lagi ... ni tajuk n3 baru dia : abah bangga tak? hahahah bagus2 ...

ok2 ... later2 aku buat pasal mama pulak k ... dia pon sama jugak ... katanya la ... buat tau ayu.. jgn x buat ... hehehehehe

ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!

terima kasih abah ...

salam satu malaysia ...!!!

alahai la abah ku ... ha nape lak ngan abah kite ni lin ... hhehe buat saspen je ... xde la apa2 pon ... aku just nak cerita pasal abah kesayangan aku ni ... dulu abah ... sekarang abah ... dan insyaallah akan datang abah ... ha korang nak tau tak abah dulu mcm mana ..??

ok la menurut dari cerita mama aku, abah aku dulu ni seorang yang sangat garang dan tegas ... itu memang la sangat diakui ... siap ada cop lagi aku bagi ... cop apa ..?? la cop yg GARANG & TEGAS laa ... aku la yg bagi .. dan aku rasa anak2 abah yg lain pon akan setuju dengan aku ... betul tak kakak2, abg & adik2 ku sekalian ... ha kan aku dah cakap ... ayoyo siap angguk2 lagi ... hahahaha ... kantoi kan ayoyo ....

kenapa aku ckp dia garang dan tegas ... sebab nye sepanjang aku hidup dan kenal dengan abah ni, dia mmg garang .. tapi tu semua dulu la ... sekarang ni garang dah kurang ... tapi tegas masih ada bersama beliau ... garang abah selalu bertempat la ... kadang2 je x kena tempat ... ooppsss hehehe sorry bah ... dan aku sangat bersyukur sbb garang dan tegas abah jugak maka anak2 abah jugak alhamdulillah semuanya menjadi (semua ke lin) ... hehehe ... menjadi maksud aku disini adelah anak2 abah sekarang boleh hidup secara berdikari ... campak la kat mana, insyaallah boleh bawak diri ...

aku ingat lagi ... masa sekolah dulu ... masa ni aku mula2 nak masuk form 1 ... rumah aku kat kampung ... kat sungai tiang tu ... korang tau kan ... tak tau pon buat2 la tau ekk ... aku skolah pulak kat dengan pendang ... kira kalau naik bas dlm setengah jam jgk la dari sg tiang ke pendang ni ... masa nak pegi daftarkan diri tu, abah x temankan aku pon ... dia kirimkan aku pada kakak sulong aku yg kebetulan sekolah di sekolah yg sama ... kakak aku form 6 masa tu ... abah aku nak ajar aku cara utk buat semua benda sendiri dan x bergantung pada orang lain ... hmmm form 1 ok aku dah kena buat semua sendiri ... ok la .. x kisah sangat sbb aku mmg dah paham cara abah aku mengajar anak2 dia ...

kakak aku pon ada pengalaman yg sama ... ni masa dia sekolah kat sm sungai tiang ... masa tu hujan turun dan dia nak ke sekolah ... minta abah aku hantarkan ... abah suruh pegi sendiri ... dia suruh kakak aku pakai baju hujan ... mmg kakak aku ada baju hujan ... tapi memandangkan jarak sekolah tu adelah dlm 15 minit ko nak kayuh basikal kan ... dengan hujan lagi ... maka dengan terpaksa nya di kayuh jugak la basikal dlm hujan kakak aku tu ...

hmmm tapi bila pikir2 balik nape abah buat mcm tu, ada baik nya jugak ... ye la ... abah x nak anak2 dia terlalu bergantung ada orang ... nnt satu keje ape pon x boleh nak buat sendiri ... kalau x silap aku abah penah cakap mcm ni "kalau abah xdak nanti sapa yg tolong buat..??" ooohhh sangat sebak ok aku bila dengar ayat mcm tu ... ok2 aku paham maksud abah tu ...

aku ingat lagi .... masa tu aku kecik la jugak ... dlm 5-6 tahun kot ... masa tu abah baru balik dari menarik ... utk pengetahuan yg x tau tu, menarik tu adalah perkataan bagi seorang pemandu teksi ... ya abah aku dulu penah bawak teksi ... kalau aku tanya mama abah mana, mama akan jawab " dia pi menarik la, cari duit .." maksudnya dia pi bawak teksi la ... cari penumpang ... ok dah utk maksud kita pada hari ini ... ok smbung balik ... dia baru balik mesti la penat kan ... masa tu aku x ingat apa yg abang aku buat tapi sbbkan dia x ngaku maka kami 4 orang (kak ina, kak ija, abg and aku) kena berbaris and abah tibai dengan getah ayaq ... huhuhu azab ok ... semua kena ... xde yg tinggal ...

pengalaman aku yg lagi satu bila aku nak daftar masuk kolej kat kl ni ... mmg la abah yg bawak ke kl ni tapi daftar semua tu aku kena buat sendiri ... cari kolej pon sendiri ok ... abah cuma bawak aku gi rumah tokcik Jo kat kg Nakhoda, bt caves ... then aku pegi daftar semua sendiri dgn maksu aku ... kebetulan maksu pon nk sambung blajar sama dengan aku ... semua nya aku buat sendiri ... mungkin sbb dah biasa buat sendiri so xde la aku rasa susah sangat ...

bila aku pikir2 balik motif abah ajar anak2 dia utk berdikari, aku senyum ... aku rasa kalau abah x ajar anak2 dia mcm mana yg dia ajar tu, mungkin aku x kan jadi macam sekarang ni ... mungkin asyik nak duduk dengan family je kan ... sbb aku ada kawan yg x boleh nak buat sendiri apa2 pon ... sikit2 nak kena kol mak atau pon ayah dia ... alhamdulillah aku boleh berdiri atas kaki aku sendiri atas ajaran abah dan mama jugak ...

rasanya kalau aku nak cerita pasal abah ni mmg x kan habis ... insyaallah lepas ni aku buat n3 pasal keje yg abah penah buat ... banyak jugak la keje yg abah buat ... banyak sangat cerita pasai abah ni .... cukup la dulu ok ... insyaallah later2 plak aku buat n3 pasal mama ku sayang pulak ok ...

apa pun aku sangat terhutang budi pada abah aku , ABDUL HALIM bin OSMAN ... dengan semangat dan ajaran yang dia bagi pada aku dan adik beradik yg lain, alhamdulillah kami berjaya ... terima kasih abah ...

ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me