26 November, 2010

serius takuuuuuttttttttt ... ok x buat dah pasni ..

salam satu malaysia ...!!!

eh ape ko merepek kat ko nye tajuk n3 ni lin ... ha meh sini nak story mory ... pagi tadi aku dpat email ni .. bila dah baca jadi serem la pulak ... sbb serem ..?? dah aku selalu kot buat apa yg di tulis dlm artikel ni ... ok2 aku janji x akan buat lagi mcm tu ... ish ish ish ... berdiri tegak ok bulu roma aku ... jom jom baca artikel ni ... untuk renungan dan peringatan kita bersama ... aku dapat artikel ni pon melalui email dari kakak aku ... tq kakak ..

Mandi malam boleh mengakibatkan Lumpuh...!!!

UMAR membetulkan kedudukan bantal isterinya, Asnah di Bukit Lintang, Melaka semalam.

MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!

Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.

Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.

'Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan,' katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.

Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.

'Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.

'Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh,' kata pesara tentera itu.

Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.

'Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat,' katanya.


insyaallah lepas ni aku x nak mandi malam atau lewat malam .. smoga dengan kisah ni akan sama2 kita buat sbgai pengajaran ...

ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!

0 kata apa?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me

0 people have left comments

Commentors on this Post-