ok jom tgk review ke-2 utk koleksi februari itu ... tajuk novel adelah tajuk n3 tu ... jom kita tgk sinopsis dia dulu ye ... sbb malas nak menaip, maka aku google aje ... thanks to google ...
* * * * * * * * * * * * * * *
Kerana sebuah janji Dahlia menerima Dani sebagai suami. Kerana sebuah janji, sebuah ikatan perkahwinan dimeterai. Kerana sebuah ikatan Dahlia menyayangi si suami sepenuh hati. Apabila kebahagiaan menyinari hari-hari Dahlia dan Dani, ada pula yang iri hati sehingga sanggup menabur fitnah kepada Dani. Dani yang tidak dapat menerima kenyataan itu dengan tega mengasari si isteri hingga menyebabkan si isteri pergi membawa diri.
Setelah kebenaran terbukti, Dani sangat menyesal dengan keterlanjuran diri. Kerana sebuah janji yang dipersetujui dengan Dahlia, dia terpaksa memendam perasaan sehingga membuatkan hidupnya merana sendiri. Dahlia yang membawa diri masih menanti si suami datang memujuk hatinya kembali.
Mampukah mereka meneruskan janji yang telah mereka setujui? Sampai bilakah mereka perlu memendam perasaan sendiri?* * * * * * * * * * * * * * *
haaa macam mana ...?? best tak baca sinopsis ..??? tu baru sinopsis kan ... aku suka la jugak cara penulisan Nozi Danisya ni ... sebelum ni aku penah baca jugak Akulah Cinderella ... jugak dari penulis yg sama ... cerita ni mmg lebih kurang macam cerita2 cinta, kawen pilihan keluarga, kontrak/perjanjian etc ...
awalnya baca novel ni, aku menyampah dengan Dani! ... walaupun dia adelah hero dalam novel ni, tapi dia buat aku menyampah ... kesian dengan Dahlia yg selalu saja jadi mangsa si Dani ... sikit2 nak marah ... sikit2 nak tengking ... tapi sebab harta jugak diorg kena kawen ... dan Dahlia tetapkan syarat kalau Dani masih nak diorg disatukan ... apa syaratnya..?? jeng jeng jeng ... kalau aku cerita semua kat sini marah pulak penulis dia kan ... apa kata korg terjah la bookstore yg dekat2 korang tu ... cari dan beli la novel ni, tak mahal pun, RM 18.00 je ... baca sendiri lagi puas hati kan ...
ok lah dulu ...
sampai jumpa lagi ...!!!
0 kata apa?:
Post a Comment