16 March, 2012

Novel: 3 Campur 1 = Satu

Assalamualaikum ...!!!Link

jom layan review untuk novel ni pulak ... dah setel dah aku baca ... ok macam biasa layankan dulu sinopsis citer ni ye ...

* * * * * * * * * * * * * * *

“Kalau tiga orang tak cukup untuk menyayangi Khairina, aku sanggup jadi lelaki yang keempat.” ~ Hakimi

I
ARGHHH! Khairina menjerit kuat. Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.
“Menjerit sampai nak cair tahi telinga aku,” rungut Along.
“Oit! Kau orang ingat benda senang ke? Susahhh!” omel Khairina.
“Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?” Mata Angah membuntang.

II
“Nah ni gambar adik kami!”
Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!
“Oit! Tenung lama-lama nampak,” Acik berdeham kecil.
Hakimi kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.
“Cantik adik kau orang ni ya, adik betul ke adik angkat?” soal Hakimi.

III
Kenyataan berani mati yang diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat selamba badak. Padahal jantung dia macam nak terjatuh keluar; melompat-lompat macam katak.

* * * * * * * * * * * * * * *
so macam mana ..?? mcm yang penah tulis dalam n3 yg lepas2, mula2 aku baca sinopsis ni aku dah dok terbayangkan citer Awan Nano .. eh bukan awan Nano la ... Awan Dania ... sbb dia ada 3 abang kan ... panggilan pon lebih kurang je kan ... tapi bila dah baca baru la nampak kelainan nye ...si Khairina ni keje kat pos opis ... dan dia tinggal dengan 3 org abang ...

citer ni dah lebih kurang macam citer2 kat TV or novel2 lain ... tapi cara penulisan dia yg buatkan aku masih nak baca sampai la habis ... dia pandai olah cerita ni supaya x bosan ... aku suka dengan watak hero & heroin dia ... simple je watak ... watak Khairina dan Hakimi yang tak terlalu over diorang nya pergaulan ... sweet sangat ... *ok lempang lagi 13 kali sbb aku dah jiwang*

watak abang2 Khairina jugak mmg membantu ... lagi2 si angah yg suka merosakkan peribahasa dan jugak paling blur skali ... kalau part dia blur aku mesti senyum ... kadang2 benda simple pon dia boleh blur ... angah ... angah ... si achik pulak kuat menyakat jugak ... nak2 suka sakat adik pompuan yg sorang tu ...

along dengan cara yang tersendiri ... yang bagus nya dalam novel ni, dia terapkan nilai dan konsep keluarga yang happy dan bahagia ... nak pegi keje salam dengan abang2 yg tua ... walaupon dia tu adelah lelaki (angah & achik la) ... dan diorang sangat sangat sayangkan Khairina ni ...

ok dah panjang aku wat review ... nak tau lebih lanjut sila beli dan buat koleksi sendiri ye ... tambahkan koleksi novel korang dengan hanya RM19.00 je ... murah kan ... ha beli la apa lagi ...


ok lah dulu ....

sampai jumpa lagi ...!!!

0 kata apa?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me

0 people have left comments

Commentors on this Post-