n3 kali ni aku buat sambil tggu 'kacang' kat klinik dia ... mana lagi kalau tak kat Perodua Service, PJ ni ... ni je la tempat yg aku pecaya kalau 'kacang' sakit ... ok bukan la nak citer pasal 'kacang' ni ... tapi review untuk koleksi aku tu ... ni novel yg dah selamat aku baca semalam ... jom baca sinopsis dulu ye ...
“Hidup siapa lagi orang nak susahkan kalau bukan hidup isteri orang…”
Mereka tinggal di rumah yang sama dan belajar di kolej yang sama. Namun kepala tak pernah sama. Zackhwan suka benar mencari pasal, Azrina pula mangsa utama.
“Kita dah jadi pasangan suami isteri di alam Facebook, jadi tak ada alasan untuk orang ceraikan awak. Orang betul sayangkan awak. Sayang sangat-sangat!”
Setiap kali terkena, Azrina hanya bersabar dan terus bersabar bersama perasaan benci yang membuak. Dia akan bertahan selagi boleh. Dari hari ke sehari, Azrina dapat menerima si wayar putus dengan perasaan senang. Tahulah Azrina, Zackhwan itu tidaklah senakal mana, hanya perangai semula jadinya yang suka melihat Azrina marah-marah. Comel sangat, kata Zackhwan.
Zackhwan pula sebenarnya bukan niat hendak mengena. Mungkin itulah caranya dia meluahkan kasih sayang terhadap Azrina. Kasih sayang yang berputik sejak mereka pernah bermain layang-layang bersama di zaman kanak-kanak. Semua kasih sayang itu Zackhwan simpan agar suatu hari menjadi kenyataan.
Namun cinta mereka hanya di alam kolej sajakah atau hingga ke akhirnya mereka akan bersama?
* * * * * * * * * * * * * *
aku suka! ... yes suka dengan novel ni ... xde la aku ni dikatakan asyik layan novel jiwang karat berkilo2 kan ... novel ni lain dari yg lain ... sbb watak yg ada pada zackwan & azrina tu sendiri ... zackwan ni mmg suka pada si azrina tapi bila berdepan dgn pujaan hati, dia lebih suka mengusik ... dan azrina pulak, cara dia layan hero idaman ramai dekat FB tu seolah2 dia maksudkan ... haaaa ... korang kena baca sendiri baru la boleh tau ... satu lagi aku suka dengan kata ganti diri yg digunakan oleh zackwan tu ... orang! ... selalu perempuan yg akan guna macam tu kan ... mcm sangat comel je bila baca novel ni ...
kalau nak tau dengan lebih lanjut, sila la beli sendiri di kedai buku berdekatan ye ... x mahal pun, RM17.00 je ... selamat membaca!
ok lah dulu ...
sampai jumpa lagi...!!!
0 kata apa?:
Post a Comment