16 March, 2012

Novel: Kau, Aku, Kita

Assalamualaikum ...!!!!

jom aku tgh rajin nak buat review lagi pasal novel ... semalam baru habis baca ... penulis ni pon aku suka jugak ... ok sebelum tu sila la layan sinopsis ni dulu ye ...

* * * * * * * * * * * * * * *


"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?"

Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau, macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama?

* * * * * * * * * * * * * * *

senyum aku baca sinopsis ni ... lepas baca novel lagi la aku senyum ... kesimpulan nya aku berpuas hati dengan karya Orkid ni ... sama macam yang aku penah baca sebelum ni ... novel yg bertajuk tuan rumah pembantu rumah ... heheheheh ... best cara dia tulis ni ...

aku suka Iman dengan gaya kasar dan sengal ... ni kot first time aku baca buku yg mana heroin dia sangat x ayu ... kalau dah cuci rambut pon nak kena Aus suruh baru dia cuci ... apa je yg Aus suruh, baru dia akan buat ... si Aus ni pulak sangat menjaga kebersihan dan penampilan ... maklum la pelakon terkenal kan ...

aku paling suka part awal2 masa Iman kena kejar dengan gang mafia ... si Aus join lari skali sbb ingat org kejar dia ... ye la kalau ko tgh2 jalan kat bandar ke kat mana2 la , tetiba orang laung nama ko sambil kejar, ko tunggu ke ... mmg tak la kan ... nak2 pulak dia pelakon ... dia ingat orang ayah dia yg kejar dia tu ...

aku kesian sangat dengan Aus ni bila dia berdepan dengan ayah dia ... kelakar jugak part ayah dia ckp kelantan ... hahahahah .. mmg aku gelak sorang2 ... part Aus dengan ayah dia ni, yg kesiannya kalau Aus salah cakap je ayah dia akan ketuk kepala dia dengan kayu ... aiyoooo ... kesian kan ...

overall cite ni aku suka ... so beli la kalau nak tau dengan lebih lanjut lagi ye ... buat koleksi macam aku ni ... x mahal pon RM18.00 je ... beli jangan x beli ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

2 kata apa?:

Orkid Edyliyne said...

thanks dear atas reviw-nye...
OE copy link untuk letakkan dalam blog OE ye... ^^

tuan tanah said...

wah terharunya ... penulis komen kat sini ... tenkiu OE ... sila la ye ... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me

2 people have left comments

Orkid Edyliyne said:

thanks dear atas reviw-nye...
OE copy link untuk letakkan dalam blog OE ye... ^^

tuan tanah said:

wah terharunya ... penulis komen kat sini ... tenkiu OE ... sila la ye ... :)