Ok ... akhirnya habis jugak aku baca novel yang satu ni ... *senyum* ... sebelum aku mula review, jom kita baca sinopsis novel ni dulu ... sila sila ...
* * * * * * * * * * * * * * *
Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu kedalam hidupnya.
Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.
Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.
* * * * * * * * * * * * * * *
so..??? korang rasa best tak lepas baca sinopsis ni ... aku jujur cakap bila baca sinopsis ni rasa malas nak mula baca *sorry ye cik penulis* ... so aku start baca bila aku dalam bas setiap kali balik keje je... ye la dari dok layan lagu dangdut yg semakkan kepala aku tu baik aku layan baca kan ... dan dari hari ke hari aku dah jadi suka nak baca terus ... maksudnya aura dah mariiiiii ... so semalam la aku start baca sampai la habis ...
ape yg aku rasa ..??? puas hati ... aku bagi 4.5/5 bintang ... ok la kan ... pada aku novel ni cukup la semua rencah dia ... ada masa aku suka, aku senyum ... ada masa aku bengang aku siap ketap2 gigi ni ... rasanya buat masa skang ni novel ni dah berjaya buat aku cakap sorang2 ...
watak2 dalam novel ni berjaya la sampai kat aku ... utk watak Isyatul, ada masa aku rasa mcm nak sekeh2 kepala dia *aku la yg rasa* tapi bila dipikir2 balik, bukan salah dia kalau dia sendiri x pasti dengan hati dan perasaan kan ... bab hati dan perasaan ni kan komplikated sikit *aku paham sangat!* ... Najwan! ... dia ni selalu buat aku rasa something ... hahahahah aku plak yg rasa mcm tu ... dah nama pon hero kan ... harus lah ada kuch kuch hota hei ...
dan yg paling aku salute dengan penulis adelah bila dia berjaya hidupkan watak2 utk aku benci ... dan org yg paling aku benci sah sah la mamat yg suka sangat kacau hidup Isyatul ... sape lagi kalau bukan Amrin @ Burn! ... bila part Amrin muncul je aku rasa mcm nak marah pun ada ... dan part yg paling2 aku emo bila Rita si kakak ipar cuba nak jodohkan Isyatul dengan Amrin ... sengal kan ...
so secara keseluruhan aku suka novel ni ... memang dah lama dok tunggu2 dan akhirnya selamat jugak aku baca ... aku ni siap la bayangkan kalau masuk TV dah ada dah watak2 yg sesuai utk 3 watak utk tu ... tapi biarla aku simpan sendiri kan ... heheheheeh ... peace! ..
ok lah dulu ...
sampai jumpa lagi ...!!!
0 kata apa?:
Post a Comment