Assalamualaikum ...!!!
baru2 ni kita dikejutkan dengan pemergian pelakon yg tgh meningkat naik, Faizal Yusof ... ececece ayat bajet baca berita kan ... ye la citer bende yg serius ni ... korang kenal tak sape allahyarham ni ... dia yg belakon citer adamaya dgn tiramisu yg tgh tayang kat tv3 skang ni ... ha dia la ... muda lagi tapi kalau dah ajal kan, kita x boleh nak buat ape dah kan ... dan sebab kematian adelah serangan/sakit jantung ... itu yg aku baca kat dlm paper la ... al-fatihah ... semoga beliau ditempatkan dikalangan mereka yg beriman ...
so insaf sekejap bila baca berita tu ... dan aku pon menggoogle la nak cari info pasal serangan jantung ni ... dan ni yg aku jumpa ... simptom2 serangan jantung ... harap2 info ni berguna la kan ....
Diantara simptom2 serangan jantung adalah:
1. Cemas - Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian.
2. Sakit dada - Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.
3. Batuk atau bersin terus-menerus - Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.
4. Pening - Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja boleh menyebabkan sakit jantung.
5. Penat - Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.
6. Mual atau tiada nafsu makan - Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan jantung, seseorang merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.
7. Sakit di bahagian tubuh lain - Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh datang dan pergi.
8. Denyut jantung cepat atau tidak teratur - Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit jantung, ataupun aritmia.
9. Sukar bernafas - Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.
10. Berpeluh - Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal sedang duduk di kerusi.
11. Tubuh bengkak - Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki, bengkak.
12. Sangat lemah - Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di antara jarinya.
tu la dia apa yg aku nak kongsi kan bersama ... semoga kita akan sentiasa menjaga kesihatan diri dan juga pemakanan ... serangan jantung sekarang x mengenal usia ... jadi, berhati2 lah ... sayangi jantung anda, ok ... ye aku tau aku buat iklan x berbayar .. titik.
ok lah dulu ...
sampai jumpa lagi ...
Menyampah dengan Kak Di sebab blog readers dia menyibuk!
-
Ok hari ni aku nak cerita pasal someone. This someone aku bagi nickname Y.
Senang sikit nak bercerita. Benaunya, Y mesej aku kat FB on hari yang aku
tulis...
1 day ago
0 kata apa?:
Post a Comment