Showing posts with label march. Show all posts
Showing posts with label march. Show all posts

17 March, 2013

Selamat hari tua ... 15.03.2013

Assalamualaikum ...!!!!

tanggal 15.03.2013 ... ulangtahun kelahiran adik aku dan jugak kawan aku ...


selamat ulangtahun kelahiran yg ke-22 ye cik adik ... semoga sukses dalam pelajaran dan akan datang kerjaya ... semoga sentiasa happy dan ceria2 selalu ...



happy birthday mak jemah ku ... semoga na sihat2 selalu ... x mo stress2 k ... semoga menemui cinta baru *ehem ehem* ...


merepek tahap kerepek:
.cik.aLin.HaLimuShi.

03 May, 2012

Novel: Versus!

Assalamualaikum ...!!!

selak punya selak rupanya aku lupa nak buat review utk novel yang satu ni ... huhuhuh ... ok2 jom kita baca sinopsis dia dulu ye ... mariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ................

* * * * * * * * * * * * * * *

I

“Please Minn. Bukak tingkap bilik you.”
“Huh?”

“ I’m freezing right outside your window. On the roof.”
Minn tegak dari baringnya,telefon bimbit masih di tangan .

“You what?”
“No kidding. Please ….” Balas Ashraff Omar.

Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
“Enough of your tricks, AO.”

“Minn I’m dead serious.”

Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.

“Minn you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”

II

“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.

“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”

“Back off.”

Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
“I tak memaksa . I Cuma meminta. I like you. I really really like you . I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”

Hujan masih belum berhenti

* * * * * * * * * * * * * * *
aku suka novel ni ... kearah ciri2 islamic kan ... macam mana dari seorang perempuan yg hidup dalam dunia skatters ni boleh bertukar hanya kerana wasiat ... dan kerana seorang perempuan jugak, seseorang boleh bertukar corak kehidupan .... awal nya kerana perempuan, dan lama kelamaan dia mula sedar yg dia seharusnya berubah kerana dirinya dan agama bukan kerana orang lain ...

aku suka watak2 utama ... Minn Edina dan jugak Ashraff Omar! .. Minn Edina yg awalnya suka melepak dgn gang2 skatters lain ... dengan pakaian yg x berapa nak cukup kain berubah dengan agak drastik la bila dia mengenakan pakaian yg menutup aurat ... Ashraff Omar @ AO ... budak yg belagak macho ... lama2 kelamaan jatuh suka dgn Minn kerana sikap Minn sendiri ..

kalau nak tau dengan lebih lanjut lagi, sila la dapatkan novel ni ye ... bagus ni ... x la mahal sangat pon ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ....!!!

10 April, 2012

Novel: Warna - Cerita Tiga

Assalamualaikum ....!!!

ok ni review kedua utk novel Warna ... jom baca sinopsis dulu utk cerita tiga ni ... layannn .....



* * * * * * * * * * * * * * *
Cerita Tiga : Karamel - Nasz


karamel itu benda hangus yang sedap
Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
"Bila pula saya suruh duduk?" dia tanya aku, keras."Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya 's-u-k-a' berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula." Aku jawab, lembut.Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia? 
* * * * * * * * * * * * * * *

ni adelah sebab utama kenapa aku beli Novel Warna ni ... sbb Nasz .... hehehh bangga tak wahai penulis Sweet Sour .. ye la ... aku suka gaya penulisan dia untuk Sweet Sour ... dan ni x sabar dok tunggu novel terbaru .. kalau x salah aku tajuk Lazuardi kot ... ok berbalik pada cerita Karamel ...bila baca cerita ni aku rasa ada la sikit2 macam yess boss ... tapi ada kelainan la ... aku suka watak heroin ... dan watak hero pon x kurang hebat jugak la ... so nak tau lebih lanjut lagi sila la dapatkan Warna k ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ..!!!

Novel: Warna - Cerita Dua

Assalamualaikum ....!!!

ok ni review kedua utk novel Warna ... jom baca sinopsis dulu utk cerita dua ni ... layannn .....



* * * * * * * * * * * * * * *
Cerita Dua : Hikari Ainori - Rnysa


Kisah ini adalah cinta mereka yang pernah hilang.
Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.
Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.
Mencari kembali makna diri yang pernah pudar. 
* * * * * * * * * * * * * * *
ok untuk cerita yang kedua ni pulak, aku suka ... walaupun cerita dia kadang2 ada ayat yang aku tak paham tapi kesimpulan dari cerita ni mmg aku paham la ... wehhh ayat ape aku buat ni ... ok lah kalau tanya berapa bintang, aku bagi 3.5/5 bintang ... ok la pada aku cerita ni ... x nak komen lebih2 ... sila dapatkan Novel Warna ni utk tau dengan lebih lanjut lagi ... yang pasti ada bahasa2 Jepun ... sebab tu la tajuk dia cenggitu ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ..!!!

03 April, 2012

Novel: Warna - Cerita Satu

Assalamualaikum ....!!!

ok dah lama x buat review novel ni ... ni aku baru je sudah baca Warna ... tapi utk review ni aku akan buat utk cerita yg first dulu ... so akan ada 3 review la nanti ... jom baca sinopsis dulu utk cerita satu ni ...



* * * * * * * * * * * * * * *
Cerita Satu : Bukan Dipaksa - Nazurah Aishah

kabut ungu dihatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh
Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.
* * * * * * * * * * * * * * *
ok untuk citer ni ... aku suka ... eh semua novel setakat ni aku suka kan ... aku pon baru perasan ... heheehheh ... dan aku puji penulis sbb dia pandai main dengan ayat2 ... yang sentiasa buatkan aku nak baca lagi ... apa yg akan jadi lepas ni ... dan mungkin sesetengah orang x suka kalau cerita yg suspen .. aku suka ... suspen yg dimaksudkan ni adelah dia nak suh kita pikir and teka apa yg jadi sebenarnya ... so ko akan terus nak baca lagi sampai habis ... hehehehehe ...

aku kesian dengan ayu (nardine) dan simpati dengan Affan ... keadaan yang membuatkan diorg terpaksa berkorban ... ish aku x nak spoilkan mood korang la kalau aku cerita ... so korang dapatkan la buku ni sendiri ye ... aku x sure ade ke tak kat bookstore sbb aku beli online je ... beli kt JemariSeni ... harga kat JS tu murah sbb xde kos utk postage ... cer terjah ke website diorang ...

ok later aku akan update utk citer ke dua pulak ye ... setakat ni ok la .. aku berpuas hati ... nak bagi bintang 4 dari 5 bintang ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ..!!!

19 March, 2012

Lagi koleksi March!

Assalamualaikum ...!!!

adeh dah masuk hari isnin ... minggu baru ... lemau je kan nak gi keje pagi ni ... tapi keje jugak ... dah kat opis dah pon ... aku ni bukan la nak citer pasal keje ... nak update pasal koleksi terbaru aku utk bulan march ni ... ingat kan yg ari tu je ... heheheh ada lagi ... ni semua sbb penulis Sweet Sour tu la ... si Nasz tu ... sbb dia la aku beli novel2 ni ... huhuhuh ... alasan kan nak salah kan penulis pulak ... aku yg x sabar2 sebenar nya ... heheheh ... jom berkenalan dengan koleksi kedua March ni ...

koleksi kali ni 2 je la yg aku beli ...
dua cukup la kan ... next month kita beli lagi ...



aku beli novel ni sbb rasa mcm best je ... sbb penulis sama kot ...
aku rasa x penah ada lagi koleksi dari Hlovate ni ... so nnt aku review best ke tak ye ...



ni la sbb nya aku beli novel2 ni ... heheheh ... novel ni ada 3 cerita dari 3 penulis yg berbeza ... aku tertarik sbb ada nama Nasz tu ... sbb nya aku baca e-novel kat blog dia ... Anaz! ... tapi x dibukukan lagi ... x sabar kot rasa nya nak tggu Anaz di novelkan ... bukan aku sorang tapi ramai yg berminat ...

ok lah ... dan macam biasa akan aku reviewkan novel2 yang dah aku baca ni ... review tu pon cara aku la kan ... so lepas ni k ... lepas ni ... skang ni dok baca Gemersik Kalbu x habis2 lagi ... mood nak baca tu tak mari lagi @.@ ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!!

16 March, 2012

Novel: Kau, Aku, Kita

Assalamualaikum ...!!!!

jom aku tgh rajin nak buat review lagi pasal novel ... semalam baru habis baca ... penulis ni pon aku suka jugak ... ok sebelum tu sila la layan sinopsis ni dulu ye ...

* * * * * * * * * * * * * * *


"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?"

Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau, macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama?

* * * * * * * * * * * * * * *

senyum aku baca sinopsis ni ... lepas baca novel lagi la aku senyum ... kesimpulan nya aku berpuas hati dengan karya Orkid ni ... sama macam yang aku penah baca sebelum ni ... novel yg bertajuk tuan rumah pembantu rumah ... heheheheh ... best cara dia tulis ni ...

aku suka Iman dengan gaya kasar dan sengal ... ni kot first time aku baca buku yg mana heroin dia sangat x ayu ... kalau dah cuci rambut pon nak kena Aus suruh baru dia cuci ... apa je yg Aus suruh, baru dia akan buat ... si Aus ni pulak sangat menjaga kebersihan dan penampilan ... maklum la pelakon terkenal kan ...

aku paling suka part awal2 masa Iman kena kejar dengan gang mafia ... si Aus join lari skali sbb ingat org kejar dia ... ye la kalau ko tgh2 jalan kat bandar ke kat mana2 la , tetiba orang laung nama ko sambil kejar, ko tunggu ke ... mmg tak la kan ... nak2 pulak dia pelakon ... dia ingat orang ayah dia yg kejar dia tu ...

aku kesian sangat dengan Aus ni bila dia berdepan dengan ayah dia ... kelakar jugak part ayah dia ckp kelantan ... hahahahah .. mmg aku gelak sorang2 ... part Aus dengan ayah dia ni, yg kesiannya kalau Aus salah cakap je ayah dia akan ketuk kepala dia dengan kayu ... aiyoooo ... kesian kan ...

overall cite ni aku suka ... so beli la kalau nak tau dengan lebih lanjut lagi ye ... buat koleksi macam aku ni ... x mahal pon RM18.00 je ... beli jangan x beli ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

Jom makan kek!

Assalamualaikum ...!!!

semalam kan bday cik adik aku yg sorang tu ... maka aku dengan kakak besaq pon plan la nak beli makanan dan jugak kek utk bday dia ni ... maka lepas keje berdesup la aku ke Midvalley ... plan asal nak suruh kakak amik aku kat opis ... tapi dia kol bgtau kat sana (cyberjaya) hujan amat la lebat .. maka aku cakap je la jumpa kat mv je ...

lepas dah turun kat Bangsar, tunggu la pulak bas ke mv ... bas free je ... bagus betul kan ... jimat dah duit aku kat ctu ... sampai kat mv aku terus turun ke LG .. terus masuk kat kedai speedy ... nak tgk2 CD BM ... mana la tau kot2 ada yg bole di beli dan di bagi pada peminat BM kat umah tu .. uhuk uhuk ... tapi xde .. so next time kalau aku jumpa aku beli la utk dia ...

sambil2 tu jalan2 kat area2 ctu jugak tgk dress utk seseorang ... hahahaha ... nak bagi as a hadiah la ... sbb aku tau dia suka pakai dress / blouse ... tapi xde yg berkenan pada pandangan mata cantik ku ini ...

pastu kakak pon sampai ... misi mencari makanan dijalankan ... lepas capai kata sepakat, aku ke KFC dan kakak ke Jusco ... nak beli kek katanye .. aku kalau dah masuk KFC mesti la nak beli KFC kan ... x kan nak beli Tako plak kan ... uiihhh lapar pulak nak makan Tako ni ... lama kot x makan ... ok dah menyimpang dah ni ...

lepas beratur dekat 10 minit jugak baru la setel proses beli membeli di KFC tu ... dan kakak pon dtg kat aku sambil tersengih dengan plastik kek di tangan ... ish aku plak yg eksaited nak makan kek ... hehehee ... lambat lagi bulan 7! ... hahahahaha

maka balik la kami ke rumah *ayat minta pelempang tu* ... sampai ja kat rumah aku letak je plastik KFC tu kat tgh2 rumah ... cik adik tu tgk ja .... bila kakak letak kek depan dia terus senyum sampai ke belakang telinga ... hahahah ... malu pulak ...

maka lepas dah menyetelkan diri memasing, ke ruang tamu la kita ... amik pinggan dan gelas(plastik) ... semua aku suh bday girl ... hahahahh ... pastu dah siap2 hidang semua maka upacara membelah kek pun dijalankan ... almaklumla semua dah kat rumah ... maka tkde la gambar2 kami yg ada di party buih itu @.@ ... tapi layankan je la gambar2 yg sempat aku amik ni ... buat kenang2an ... btw, kat rumah tu ada 5 orang ja ... yuk ke sabah, holiday katanya ... teha plak kt kg , berpantang ... yang ada pon aku, kakak, yana, arda & cik adik bday girl la ...

jom layan gambar2 plak ... sila telan je la air liur ye ... sedap weh kek tu ...


hidangan yg enak ! ....


kek ni mmg sedap ... kecuali yg merah tu ... ceri ekk ..
ok yg tu x sedap tapi aku makan 2! ..



ni la dia acara membelah kek oleh bday girl ...



ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!!

11 March, 2012

Yeay! koleksi March!

Assalamualaikum ...!!!

selamat hari ahad ... sambil layan melodi sambil hapdet blog ... layan kan je la ye ... ni aku nak hapdet pasal koleksi terbaru ... heheheh ... jangan marah ye ... eksaited sangat maka aku ke kinokuniya lagi minggu lepas ... dan selamat menyambar 3 lagi novel ...

asalnya nak cari novel lain, tapi dah xde kan, maka aku sambar je mana yg aku nampak macam best tu ... ni la dia antara yang aku beli ...


jom kita berkenalan dengan setiap novel2 ni ...

mesti ramai yg tau pasal novel ni kan ...
ye novel ni aku beli sbb nak tau jalan cerita dari novel punya pulak ...
sbb dah tgk drama dia kan ... so nak tau la versi novel pulak macam mana kan ...




novel ni pulak aku beli sbb penulis tu ...
ye Orkid Edyliyne ... aku penah baca hasil tangan dia sebelum ni ...
tuan rumah pembantu rumah ... best novel tu ...
so aku beli novel ni pulak ... pasni buat koleksi dia pulak kot :) hehehehe



yg ni pulak aku beli sbb tajuk yg pelik dan cover dia yg comel ...
mula2 aku baca sinopsis dia aku terus terbayangkan Awan Dania ...
nnt aku buat review novel ni lepas dah habis baca k ...



tu la dia pasal novel2 ni ... nnt akan ada review ye ... mcm biasa la review versi aku la kan ... dan yang pasti kena la aku baca bagi habis dulu kan baru boleh buat review ... ok!


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me