16 December, 2010

Dari email : Nilai Kasih Ibu ..

salam satu malaysia ...!!!

email kali ni aku nak kongsikan tentang nilai kasih seorang yg bergelar ibu ... rasanya mesti ramai yg dah penah baca apa yg aku nak kongsi kan ni ... x kisah la kan ... semoga kita akan sentiasa menghargai seorang insan yang bergekar IBU ... thank you paklong Wan for the email ...


Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
  • Tolong pergi kedai $4.00
  • Tolong jaga adik $4.00
  • Tolong buang sampah $1.00
  • Tolong kemas bilik $2.00
  • Tolong siram bunga $3.00
  • Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

  • Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
  • Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
  • Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
  • Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
  • Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,
"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."



ok lah dulu ...

till then ...

see ya when i see ya ...!!!

0 kata apa?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me

0 people have left comments

Commentors on this Post-