17 May, 2012

Novel: Nah, Untuk Awak!

Assalamualaikum ...!!!
*senyum* ... puas hati dan segala2 nya bila aku baca novel ni ... x mau bebel banyak2 jom baca sinopsis dia dulu .... baca baca ..!!!! *masih senyum* ....

* * * * * * * * * * * * * * *
Kau umpama pelangi yang terbentang
di langit nan biru
Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hiduo Najiha sudah lengkap.
Namun, langit tak selalu cerah. Cinta dihatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.
 
 
"Awak intip saya ke apa ni?"
"Nak intip awak buat apa? Tak ada maknanya."
"Habis tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?"
"Tempat ni bukan awak yang punya."

Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.
 
 
Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku
percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu.

* * * * * * * * * * * * * * *
ni first time aku baca novel dari penulis ni ... Nirrosette! ... dan aku sangat2 berpuas hati ... bukan nak puji tinggi melambung tapi aku mmg puas hati dgn karya yg satu ni ... bila sampai scene kat Korea, aku pulak yg terlebih eksaited nak ke Korea ... walaupun xde la banyak sangat yg di ceritakan ...

Najiha! watak yg sering diuji dengan org2 tersyg ... kekasih hati bertunang dengan kawan baik sendiri ... Ouuchhh!!! ... macam kena cucuk dengan jarum plak aku rasa ... kawan baik sendiri kan ... watak Nina sangat2 membantu ... dan jugak Babah walaupun sekejap ... Nina adalah sahabat sejati Najiha ... sbb dia sanggup tegur apa yg x sepatutnya dibuat oleh Najiha ...Babah adalah best dad ever ... mungkin sbb Najiha the only daugther kot ... tapi aku boleh rasa sampai la watak Babah ni kat aku ...

yes, aku nangis part kat hospital tu ... kesian Najiha ... bila dia mula bangun dari luka dihati, ujian yang lebih hebat pula menanti ... dan disitu berdiri teguh seorang Eid! ... hmmm ... sape lagi kalau bukan hero utk novel ni kan ... dan aku x suka dgn perangai Fahri ... rupanya ada udang disebalik tomyam itu ...

ok dah la kot kan ... so aku nak cari first novel Nirrosette pulak ... Ikhlas, A.K! kalau x salah aku ... so mungkin akan masuk dlm koleksi Jun aku nnt ... kita tungguuu .... so sila dapatkan novel ni utk koleksi korang ye ... x mahal la , RM20 je ... murah je kan ... dan aku jamin korang akan puas hati ... sbb aku mmg puas hati! ... selamat membaca! ...

ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!

0 kata apa?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me

0 people have left comments

Commentors on this Post-