21 December, 2011

Share: Pensil & Pemadam

Assalamualaikum ...!!!!

aku nak share sesuatu yg agak mendalam maksudnya ... sharing is caring kan ... jom baca ...

PENSEL : Saya minta maaf.
PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.
PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.
PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...


PENGAJARAN: 'Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam diatas dan kita sebagai pensel. Mereka sentiasa berada disisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan. Kadang-kadang mereka terluka, akan menjadi kecil (tua) dan akhirnya hilang (meninggal dunia). Jagalah ibubapa anda dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan'.


thanks to kawan lama yang share kat wall fb dia ... thanks nizat (Rosnizar) ... semoga kita tak akan pernah lupa pada orang tua kita ... dan sentiasa balas budi baik yg telah diorg hulurkan pada kita ...


ok lah dulu ...

sampai jumpa lagi ...!!!!

0 kata apa?:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Photo

About Me

0 people have left comments

Commentors on this Post-