ni aku nk kongsi nasihat yang baik utk dibaca bersama ... sila la baca ye ...
- Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
- Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.
- Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu .
- Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
- Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
- Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
- Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
- Percayailah cinta ia akan membuatkan hidup anda sentiasa gembira.
- Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
- Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
- Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
- Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
- Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
- Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
- Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
- Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
- Berpeganglah kepada tiga R: Rasa hormat pada diri sendiri; Rasa hormat kepada orang lain; Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
- Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
- Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
- Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
- Sayangilah diri anda sebagaimana anda menyayangi diri orang lain.
sampai jumpa lagi ...!!!!
0 kata apa?:
Post a Comment